Nota P. Islam


TAKRIF PUASA

Dari Segi bahasa : Menahan Diri

Segi istilah syarak : Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat

DALIL WAJIB PUASA

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".


SYARAT WAJIB BERPUASA

1. ISLAM - Tidak wajib ke atas orang kafir

2. BALIGH - Tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh

3. BERAKAL - Tidak wajib ke atas orang gila

4. TIDAK UZUR SYARIE - 
Uzur syrie yang menegah dari berpuasa : Haid , Nifas , Pitam sepanjang hari. Uzur yg mengharuskan berbuka puasa : Sakit yang memudaratkan jika berpuasa, musafir melebihi dua marhalah, tidak mampu berpuasa kerana tua / penyakit yg tiada harapan sembuh.


SYARAT SAH PUASA
1.  Islam
2.  Berakal
3.  Mumaiyiz ( Tahu Membezakan Kotor & Suci)
4.  Suci Daripada Haid & Nifas
5.  Niat Pada Waktu Malam ( Puasa Fardu)
6.  Menahan Diri Daripada  Melakukan Perkara Yang Membatalkan Puasa

RUKUN PUASA
1.    NIAT :
       Niat :  "Sahaja aku puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala "

2.   MENAHAN DIRI :
Menahan diri drpd melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1.   Keluar haid atau nifas
2.   Melahirkan anak
3.   Bersetubuh pada siang hari
4.   Mengeluarkan mani dengan sengaja
5.   Muntah denga sengaja
6.   Memasukkan sesuatu ke dlm rongga hingga sampai 
      ke  halkum atau perut ( Melalui   Rongga : mulut, hidung, 
      telinga, dubur, kemaluan )
7.   Gila
8.   Murtad

b:include data='post' name='comments'/>
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com