Contoh Rancangan Pelajaran Harian


Mata pelajaran                 : Pendidikan Islam
Kelas                                 : Tahun 6 Amanah
Tarikh                                : 5 Oktober  2012
Masa                                 : 11.35 – 12.05 (30 minit)
Bilangan murid                 : 35 orang
Bidang pelajaran             : Ibadah (Puasa Ramadhan)
Objektif pembelajaran     : Melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna.

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A          Menguasai isi kandungan
      a. Menyatakan pengertian puasa, dalil dan hukum..
      b. Menyenaraikan syarat wajib, dan syarat sah puasa.
      c. Menerangkan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
      d. Menjelaskan hikmah puasa.
     
B          Melakukan ibadah puasa dengan sempurna.

C         Mengamalkan sikap dan nilai murni seperti sabar, ikhlas melakukan
            ibadah kerana   Allah, prihatin. amanah, berdisiplin dan bersyukur.
     

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Wajib / Fardu
Batal

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Nota di slaid PowerPoint
Kad imbasan
Kertas lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari pelajaran Aqidah Rukun Islam, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.
Murid telah biasa menunaikan ibadah puasa Ramadhan sejak berumur lima atau enam tahun lagi.

Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(4 minit)
Menayangkan Power Point  lakonan Upin dan Ipin

Menyoal murid apakan isi lakonan tersebut


Murid melihat tayangan dan menjawab soalan guru.




Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh
Kelas menggunakan
tayangan LCD.

Langkah 1


(5 minit)
·   Pengertian puasa
·   Dalil dan hukum

-Guru menayangkan Power Point kepada murid sambil memberi penerangan.


-Guru meminta seorang murid membaca dalil puasa berdasarkan ayat 183 surah Al-Baqarah dan diikuti oleh murid-murid yang lain.


Murid mendengar dengan teliti penerangan guru.

Murid melakukan solat dengan bimbingan guru.

Murid-murid mengikut bacaan rakannya.

Strategi/
Teknik:

Power point

Sikap  dan
nilai murni:
Penglibatan aktif, dan bersungguh-sungguh.








Langkah 2
(4 minit)


·   Syarat wajib dan syarat sah



-Guru memberi penerangan sambil menayangkan Power point


-Murid mendengar dengan teliti penerangan guru


Power point
Kad Imbasan


Langkah 3
(5 minit)

·   Perkara yang membatalkan puasa


-Guru mengedarkan kad imbasan kepada pelajar secara rawak dan meminta pelajar melekatkan di papan putih mengikut perkara.
  


-Murid mengikut arahan guru








Power point Kad Imbasan
Langkah 4
(7 minit)
·   Hikmah puasa
Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan berbincang tentang hikmah berpuasa.

-Guru membuat ulasan terhadap jawapan murid

-Guru menayangkan Power point kepada murid-murid.

Murid mendengar arahan guru dan membentuk kumpulan.

-Wakil murid membentangkan di hadapan kelas.





-Murid melihat Power point yang ditayangkan oleh guru.

Strategi:
Brainstorming

Penutup
(5 min)

·   Teka silang kata syarat wajib dan rukun puasa












-Guru memberi arahan kepada murid-murid dan mengedarkan lembaran kerja.

-Guru memberikan ulasan terhadap aktiviti P&P hari ini dan meminta wakil murid juga membuat ulasan.







Refleksi:
Pengajaran saya lebih banyak berpusat kepada guru berbanding murid. 
Murid hanya terlibat semasa aktiviti penutup apabila menjalankan gerak 
kerja kumpulan mencari perkataan tersembunyi berkaitan dengan syarat
dan rukun puasa. Pergerakan saya juga agak terbatas kerana guru perlu 
menyelenggara sendiri komputer.

Bagi pihak murid pula saya dapati, mereka dapat menyelesaikan tugasan 
yang diberi mengikut masa yang ditetapkan. Pada masa akan datang saya
akan menyediakan lebih banyak aktiviti kepada murid. Tugasan di rumah 
iaitu membina peta minda berdasarkan tajuk yang diajar dapat dibuat oleh 
murid dengan baik.


b:include data='post' name='comments'/>
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com