PENGERTIAN SOLAT
Segi
Bahasa :
Doa
Segi
Istilah : Beberapa ucapan dan perbuatan yang tertentu yg dimulai dengan takbiratul
ihram dan diakhiri dengan ucapan salam
HUKUM
SOLAT
- Solat wajib ditunaikan oleh orang yang telah cukup syarat-syaratnya , lima
waktu sehari semalam.
- Orang yang meninggalkan solat tanpa keuzuran yang diharuskan syarak
mendapat dosa dan azab siksaan yang amat pedih di Akhirat
WAKTU
SOLAT FARDU
Zohor bermula
apabila tergelincir matahari ke barat iaitu apabila bayang suatu benda di
sebelah timur dan berakhir apanila bayang suatu benda lebih panjang sedikit
daripadanya
Asar bermula
apabila bayang suatu benda lebih panjang sedikit daripadanya dan berakhir
apabila matahari terbenam seluruh bulatannya
Maghrib
bermula apabila terbenam seluruh bulatan matahari dan berakhir apabila hilang
cahaya merah di kaki langit.
Isyak bermula
apabila hilang cahaya merah di kaki langit dan berakhir apabila terbit fajar sadiq
Subuh bermula
apabila terbit fajar sadiq dan berakhir apabila terbit matahari
SYARAT
WAJIB SOLAT
Islam - tidak wajib bagi org kafir
Berakal
- tidak wajib bagi org
gila mabuk dan pitam
Baligh
- tidak wajib bagi
kanak-kanak belum baligh
Suci
dari haid & nifas - tidak wajib dan haram ketika haid / nifas
SYARAT
SAH SOLAT
1. Suci badan, pakaian dan tempat dari najis
2. Suci dari hadas kecil dan besar
3. Menutup aurat
4. Mengadap kiblat
5. Yakin masuk waktu solat
RUKUN SOLAT
1. Berniat
2. Takbiratul Ihram
3. Berdiri
betul bagi yang mampu
4. Membaca surah Al Fatihah
5. Rukuk serta tamakninah
6. Iktidak serta tamakninah
7. Sujud serta tamakninah
8. Duduk antara dua sujud sta
tamakninah
9. Duduk tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca salawat ke atas nabi
12. Mengucap salam yg pertama
13. Tertib
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Meninggalkan salah satu rukun solat
2. Berkata-kata
3. Makan dan minum
4. Berhadas kecil atau berhadas
besar
5. Terkena najis pada badan atau
pakaian
6. Terbuka aurat dengan sengaja
7. Ketawa mengeluarkan suara
8. Berubah niat
9. Bergerak tiga kali bertiurut-turut
10. Berubah dada dari arah kiblat
11. Murtad ( Keluar dari agama Islam)
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
A. Sunat Aba'ad
Perkara sunat yang sangat dituntut melakukannya, jika tertinggal solatnya tidak batal tetapi sunat diganti dengan
sujud sahwi sebelum memberi salam.
Contoh sunat Aba'ad :
1. Duduk membaca tasyahud awal
2. Membaca tasyahud awal
3. Selawat ke atas nabi selepas
tasyahud awal
4. Salawat ke atas keluarga nabi
selepas tasyahud akhir
5. Membaca doa Qunut
B. Sunat
Hai'ah
Perkara
sunat yang dituntut melakukannya jika tertinggal solatnya tidak bataldan tidak
perlu diganti dengan sujud sahwi
1. Contoh sunat Hai'ah :
2. Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram
3. Meletak tapak tangan kanan atas
tangan kiri
4. Membaca doa iftitah
5. Membaca taawuz sebelum
membaca al Fatihah
6. Diam sebentar sebelum dan
selepas membaca al Fatihah
7. Membaca ' Amin" selepas
baca al Fatihah
8. Membaca mana-mana ayat al
Quran selepas baca al Fatihah
9. Mengucap takbir ketika
menukar perbuatan
10. Membaca ketika berdiri selepas rukuk
11. Membaca tasbih ketika rukuk
12. Membaca tasbih ketika sujud
13. Membaca doa ketika duduk antara dua sujud
14. Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam
PERKARA MAKRUH KETIKA SOLAT
1. Memalingkan muka dari arah
Kiblat
2. Memandang memandang ke atas,
bawah, kiri atau kanan
3. Menahan diri daripada membuang air
4. Meludah
5. Dalam keadaan mengantuk
6. Memandang sesuatu yang
melalaikan
HIKMAH SOLAT
1. Mendekatkan diri kepada Allah
S.W.T.
2. Mendidik diri berdisiplin & mematuhi peraturan
3. Terhindar dari melakukan
perbuatan keji & munkar
4. Membentuk diri berakhlak mulia
5. Dikasihi Allah
6. Merasai ketenangan jiwa
Assalamualaikum Ustazah,
BalasPadamSaya ingin tahu apakah pengertian qada solat fardhu, hukum, niat, cara dan waktu untuk melakukanya.
Terima kasih
Terima kasih atas soalan.
PadamQada solat ialah mengerjakan semula solat yang tertinggal atai ditinggalkan.
Hukum wajib bagi orang yang tidur hingga melepasi waktu solat tertentu dan orang yang lalai atau terlupa waktu solat dengan tidak sengaja.
Bagi yang meninggalkan solat tanpa sebeb yang syar`i(spt. keuzuran, dlm. musafir, tertidur dan terlupa dengan tidak sengaja) ternyata telah meringankan ibadat dan dianggap kufur.
Bagi yang sengaja meninggalkan solat pula hukumnya berdosa, wajib qada dan bertaubat.
Niat dan cara sama seperti solat tunai cuma gantikan ada an dengan qada an.
Waktunya bila-bila masa.
Gambling Commission says there was no fraud, and punters were hit
BalasPadamGambling Commission 천안 출장마사지 says there was 서산 출장마사지 no fraud, and punters were hit 경상북도 출장마사지 with a 김해 출장샵 £13m payout 대구광역 출장안마 for betting. The punters were left with just £5.50